Investigation of fake eggs in China. by FujiTV
Sebab apa ini terjadi... ????...... wang segala2nya.....
Telur Ayam Tiruan | Cara Membuat dan Membezakannya !
Rupa telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan. Memang nampak berbeza.
Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.
Macam mana telur ayam tisuan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.
Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.
Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat
Lapiasan luar telur kuning terbentuk
Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !
Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?
Ciri-ciri lain .. telur ayam tiruan nie lebih besar dari biasa, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Pendapat saya !
Emm .. susah jugak nak kesan telur tiruan nie. Sebabnya .. kadang-kadang .. memang ada telur ayam yang bersaiz besar (telur kembar) ! Kalau tengok gambar telur tiruan kat dengan yang sebenar kat atas sekali tu pula. Saiznya lebih kurang sama je dengan yang sebenar.
Kulit telur berkilat dan kasar .. tu dah biasa. Memang telur ayam sebenar kadang-kadang kasar dan berkilat. Lebih-lebih lagi .. yang dah melalui proses “pengeraman” (telur ayam kampung). Nak bau pula .. tak kan masa nak beli tu nak kena cium satu-satu. Kulit telur .. mana la ada bau. Lain la kalau cium kulit durian. Huhuhu .. makin keliru jadinya.
TQ
Awas telur tiruan di pasaran – CAP
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
S. M. MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
No comments:
Post a Comment