Wednesday, February 9, 2011

KISAH SI BONGSU - Dari Diari Sebuah Kehidupan

SEBELUM masuk U diri aku ini sudah pun jadi cikgu, …. biasalah, sudah juga ada kekasih yang dicintai; dan sudah ada gaji; tanggunglah dia belajar juga sebab dia anak orang miskin. Aku ambil STPM (HSC) dan berjaya pula, lalu aku dapat masuk U.

Biasiswa pun senang dapat pada masa itu; cukuplah untuk aku dapat tanggung kekasih hati hingga aku boleh belikan dia sebuah basikal, buku, baju... biasalah, supaya dia boleh berjaya sebagaimana aku juga dalam pelajaran. Dia pun masuk U akhirnya; maka sakanlah aku bercinta dengannya apabila kami dapat berada di kampus yang sama di Universiti Malaya itu!

Sejak kekasihku itu masuk U keluarganya juga berubah dari kehidupan yang miskin, tiba-tiba saja ayahnya dapat rezeki yang kelihatannya berjaya mengubah dari keluarga miskin bertukar menjadi keluarga yang sederhana dari segi sosio-ekonominya.

Ibu dan ayah aku pula suruh aku bertunang supaya cepat boleh kahwin; maka betunanglah aku dengan kekasih aku itu; bagaikan pucuk dicita, ulam pula tiba bagiku!

Habis belajar di U aku kembali jadi cikgu, … dan berpisah-berjauhanlah aku dengan si dia yang tercinta; kerana dia terus berada di U sedangkan aku adalah Cikgu di sebuah sekolah menengah di Perak. Sewaktu pertemuan terakhir aku dengannya di kampus dulu, menangis dia.

Ibu dan Ayah aku suruh aku kahwin cepat; dah ada gaji apa hendak tunggu-tunggu lagi; kata mereka. Pihak keluarga kekasih aku pula bersetuju. Hari perkahwinan pun ditetapkan iaitu dua minggu selepas Konvo. .... Persiapan pun dibuat; kad jemputan kawhin pun diedar/kirim.

Sehari sebelum konvo 11 Mei 1972 Ibuku kembali ke Rahmatullah kerana Ibu aku itu memang sudah lama juga sekejap sakit dan sekejap sihat.

Majlis konvo pada 12 Mei 1972. … Pemergian Ibu aku itu menyebabkan hati aku jadi tawar untuk menghadiri majlis konvokesyen itu… nak pergi ke taknak, nak pergi ke taknak, …. kerana Ibu sudah tiada; lebih-lebih lagi janji dulu bahawa Ibu dengan Ayahku hendak ikut, hendak tengok aku terima ijazah; tetapi bila Ibuku sudah tiada; tiba-tiba konvo itu bagi aku sudah menjadi tidak bermakna lagi. Namun Ayah aku kata: Kamu pergilah, ayah ni tak payah pergilah, sebab malam ni nak buat tahlil emak kamu… nanti ayah dapat tengok gambar saja pun, jadilah!

Apabila Ayah aku kata begitu, maka pergilah aku ke KL petang itu juga selepas selesai Ibuku selamat disemadikan; … Lagi pun sebuah kereta memang sudah siap aku sewa; dan anak-anak saudara aku Ja, Biah dan Harizah sajalah yang ikut pergi mengiringi aku, … kereta yang aku sewa itu dipandu oleh Kama, adik angkat aku kerana aku tidak boleh memandu disebabkan aku adalah seorang OKU.

Sampai saja di Sungkai, sebuah kereta merces dari arah Kuala Lumpur tiba-tiba makan jalan lalu melanggar kereta yang sedang kami naiki; pecah habis lampu di sebelah kanan, terkopak. Nasib baik kami tadak apa-apa, dan mujurlah lampu signal di sebelah kanan masih berfungsi. Tuan punya kereta merces itu kata jangan report police lalu dia beri Business Card-nya kepada aku dan minta kereta sewa yang kami pakai itu dibaiki di alamat yang ada di dalam Business Card-nya itu.

Tertera pada kad itu namanya seorang cina - General Manager Cycle & Carriage pada masa itu. Lega hati aku rasa kerana tentulah dia tidak tipu; aku bersangka baik. Kereta sewa yang kami naiki itu masih boleh berjalan pada malam itu kerana enjinya tidak rosak dan lampu sebelah kirinya tiada terjejas, bahkan signal sebelah kanan boleh digunakan. Sampai ke KL kami menginap di rumah sepupu aku di Datuk Keramat.

Pagi esoknya kami terus ke Universiti Malaya untuk aku ke Majlis Konvo. Di hadapan Dewan Tunku Canselor itu mata aku mencari-cari tunang aku, kekasih aku yang tercinta, tetapi anehnya tiada kelihatan. Bayangnya pun tiada…..
[Masa itu dalam tahun 1972 manalah ada HP, tidak ada.]

Hairan juga aku; tiada nampak-nampak pun si dia aku itu sedangkan dari awal-awal dulu lagi aku sudah tulis surat beritahu dia dan dia pula balas mengatakan bahawa dia akan tunggu di depan Dewan Tunku Cancelor itu, di hadapan Bank Bumiputra.
Parah rasa hatiku ini kerana ketiadaannya…. Ke mana pula perginya? …..

Upacara konvo: beratur masuk ke Dewan, para graduan terus mengambil tempat sajalah … dengan hatiku sedih pilu aku duduk di kerusi …. Sudahlah kelmarin Ibuku pergi tiada akan kembali, tiba-tiba hari ini tunang aku pula tiada bersama-sama sebagaimana yang aku harapi dan dijanji untuk bertemu dengannya di sini.

Waktu nama aku diumumkan untuk giliran aku naik ke pentas menerima ijzah, air mata aku tidak dapat aku tahan-tahan, …. Sudahlah Ibuku tiada, Ayah juga tiada bersama; tunang yang dicintai pula tidak nampak pula mukanya, dia pergi entah ke mana.

Sufian Hashim (Tun Sufian - bekas Ketua Hakim Negara) selaku Pro-Canselor Universiti yang sampaikan skrol ijazah, … Bila aku bersalam dengannya, dia tanya aku: “Kak Wan ada datang sama?”….. Aku beritahu dia Ibuku itu sudah kembali ke Rahmatullah yesterday. Terperanjat dia! ….

Dia kata tak apa, nanti lepas saja selesai konvo ini kamu jumpa aku di dewan makan di sebelah belakang Dewan.
[Agak lama juga aku berdiri berada di atas pentas itu, sebab dia tanya: Ayah kamu datang ke? Ayah kamu sehat ke? Kamu sambung jadi cikgu ke? Kak Wan meninggal sakit apa? Berapa lama Kak Wan sakit? Kenapa tak bagi tahu aku yang Kak Wan sakit? ].

Selepas Majlis Konvo itu selesai, aku tunaikan janji pergi menemui Pak Pian, iaitu Tun Sufian itu adalah sepupu Ibuku. Aku bagi tahu guard yang menjaga pintu dewan di mana mereka siap sedia untuk makan itu, yang Hakim Sufian hendak jumpa aku. Dia buka pintu. Dan bila Pak Pian nampak saja aku lalu terus dia gamit aku. Aku pun pergi menghampirinya.

Orang-orang VIP yang menjadi tetamu di situ semua perhati tengok. …. Pak Pian seluk saku seluarnya lalu dia keluarkan dari dompetnya sekeping wang kertas RM500 (masa itu ada wang kertas RM500 masih diguna-pakai) dan dia terus bersalam dengan aku sambil dia beri wang itu. Katanya: Buatlah kenduri tahlil untuk Kak Wan. Sampaikan salam aku kat Abang ...(
Ayah aku).

Di luar Dewan Tunku Canselor aku bertemu semula dengan anak-anak saudara aku dan juga Kama. Para graduan sebok bergambar. Mata aku ini mencari-cari.. Ke mana kau wahai kekasih, …. janji nak bertemu di sini, kata hati ini. Sambil bergambar dengan anak-anak saudara; aku terserempak dengan Siti Zaharah Ibrahim (kini Allahyarham), iaitu Pengarang di Utusan. Beliau ialah kakak kepada Abdul Khalid Ibrahim [sekarang Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim – MB Selangor] yang juga menghadiri konvo itu kerana dia juga turut menerima ijazahnya.

Aku mengenali Kak Siti Zaharah itu kerana semasa aku mahasiswa aku diberinya peluang mengendalikan dua ruangan dalam Utusan Pelajar, iaitu ruangan Kemusykilan Anda dan ruangan Tahukah Anda?. Semasa menjadi mahasiswa itu juga Abdul Khalid berjiran dengan aku di Tan Yew Lai Garden, di samping aku ini berjiran juga dengan A. Samad Said, Pengarang Berita Minggu.

Bergambarlah aku dengan rakan-rakan sekonvo termasuk Khalid Ibrahim yang diambil oleh jurugambar Utusan yang mengiringi Kak Siti Zaharah. ...
Kak Siti Zaharah lihat wajah aku mosot saja, lalu dia tanya kenapa? Aku ceritalah habis - Ibuku sudah tiada, meninggal semalam. Terus saja dia minta juru gambar ambil gambar aku; dan gambar itulah esoknya terpampang di muka depan dalam Utusan Melayu (jawi) bertajuk:
سديه منريما اجاذه - ايبوث منيڠکل دنيا سهاري سبلوم کنبوکيشين ديونبرسيتي
yang ceritanya hanya cerita mengenai kematian Ibuku sehari sebelum Majlis Konvo - itu saja. Dulu Konvo memang glamour.

Tunggu dan terus aku terkapar-kapar bagai kelemasan, seakan-akannya seperti mana yang dirintihkan dalam lirik lagu
Merisik Khabar dendangan Sudirman itu, aku tertanya-tanya di hatiku ini: Ke manakah kau pergi wahai Normawati; kekasih hati; kenapa tiada kelihatan pula sehingga kini?... Risau amat melanda mengasak-ngasak hati aku, .... apakah yang sudah terjadi kepada diri tunangku itu.

Pada mulanya terlintas juga di hatiku ini, ingat juga nak pergi ke Fourth College (asrama) tempat dia menginap, nak jumpa; tetapi hatiku ini jadi merajuk pula; taknak pergi. Sampai ke-sudah aku menunggu bagai menunggu ara tidak bergetah; .....akhirnya melangkahlah kaki aku menuju ke kereta bersama-sama dengan anak-anak saudara aku dan juga Kama meninggalkan kampus; lalu terus pergi membawa hatiku ini yang parah terluka ke bengkel kereta untuk kereta itu diperbaiki, tetapi bukan pergi untuk hatiku yang remuk redam ini yang akan diperbaiki.
___________________

DI Bengkel membaiki kereta, cina tu kata 2 hari baru boleh siap. Harizah anak saudara aku terus gunakan public phone, dia telefon beritahu ayahnya (Abang ipar aku iaitu Abang Ti-an) bahawa kereta eksiden di Sungkai, kena baik 2 hari. Ayahnya itu seorang yang pekak badak. Sementara menunggu kereta siap kami terus menginap di rumah sepupu. Hari esoknya tiba-tiba Abang Ti-an datang menaiki kereta dengan 2 orang abang aku, Abang Usop dan Abang Pi. . Apa hal? ... Abang Usop menangis, dan Abang Ti-an juga menangis. Apa hal?

Terperanjat kami bila Abang Usop kata: Orang dah gali 2 lubang kubur, kata 2 dah mati kerana eksiden tu! Tanya kat Hospital Sungkai tak ada! Nak telefon tanya kat sini tak tahu nombornya kat rumah ni.

Abang Ti-an, iaitu abang ipar aku pula marah-marahkan anaknya Harizah; katanya: Belum sempat Ayah tanya, kamu dah letak telefon, kamu kata eksiden di Sungkai 2 dah mati!

Harizah kata: Bukan 2 dah mati, nak baik kereta tu kena 2 hari! Ayah tu yang pekak badak!

Bagi aku yang mendengar hal itu, tidak ada sedikit pun terasa hendak gelak, senyum pun aku tidak kerana hatiku hiba lantaran Ibu aku sudah tiada, .... tunang aku pula sudah entah ke mana! ... .....

Bersambung ........ ke No. 2.

2.
Bagi aku yang mendengar hal itu, tidak ada sedikit pun terasa hendak ketawa, malah senyum pun aku tidak kerana hatiku hiba lantaran Ibu aku sudah tiada, .... tunang aku pula sudah entah ke mana!
__________________

APABILA kereta siap dibaiki, kami pun balik ke kampung. Sampai ke rumah dah petang, masih ramai juga orang yang menziarah ayah yang baru kematian Ibuku.

Belum sempat duduk di kerusi, ayah tanya macam mana boleh kata dua orang yang mati tu, orang dah korek dua lubang kubur? Anak saudra aku Harizah pun jelaskan kepada atoknya itu, yang ayahnya selalu jadi macam itu. Katannya: Orang cakap lain dia dengar lain; pekak badak! .... Aku masih ingat lagi, aku kata kepadanya: Dahlah tu, tak baik kata ayah kamu macam tu! Benda nak terjadi nak buat camana!

Kak Angah, kakak aku yang tunggal dalam keluarga kami itu tanya aku pula: Macam mana dengan hal hendak buat kenduri kamu kahwin ni; emak baru sangat pergi? Tak seronok nak buat kenduri ni!

Aku kata kepadanya yang pergi dah tentu pergi, ... kita yang hidup lagi ni kenalah teruskan kehidupan, selagi hidup. ... Tetapi di hati aku sendiri yang sebenarnya rasa dilanda satu macam yang tidak tahu hendak aku gambarkan apabila tunang aku itu tidak aku temui semasa di majlis konvo itu, .... dan kini hinggakan hati aku terbawa-bawa pula balik ke rumah perasaan bercampur-baur rasa marah, rindu, cinta; sakit hati; dan juga rasa tidak apalah, kalau ada jodoh, adalah, tetapi kalau tidak ada hendak buat macam mana. .... Aku terima sajalah apa-apa pun!

Emak saudara aku yang seorang itu, yang aku panggil dia Mak Ngah, dia masih tidak balik ke rumahnya lagi selepas kematian Ibu aku itu. Dia adalah kakak Ayahku, yang sudah lama janda, dan dia pun sudah tua. Dia datang dan duduk di sebelah aku di sofa lalu berkata: Kamu janganlah marah ye! Ayam kamu banyak kami sembelih buat kenduri tahlil mak kamu!
Aku kata: Tak apalah tu! Tujuan bela ayam itu pun niat memang nak buat lauk kenduri! Memang, aku ada banyak memelihara ayam di belakang rumah, ada lebih kurang 130 ekor ayam, jenis ayam kampung; yang mana makanannya aku buat sendiri dari ubi kayu.

Esoknya di sebelah petag balik dari sekolah, aku terus ke bandar kerana hendak mengambil baju melayu yang aku tempah tiga pasang dan juga sepasang baju melayu songket perempuan aku tempah, ditempah sama jenis kain dan warnanya untuk dipakai oleh bakal isteri aku pada hari perkahwinan kami berdua.

Apabila balik ke rumah dari bandar itu, sampai saja aku ke rumah dengan menjinjing dua tiga beg kertas berisi pakaian yang telah siap itu, aku lihat kakak aku menangis, dan Ayah aku pula duduk termenung menyandar saja di sofa.
Aku tanya mereka, kenapa...?

Kakak aku kata: Malu kita, ni surat, kamu bacalah sendiri!

Aku pun ambil surat itu dan membacanya, .... surat itu datang daripada ayah tunang aku, pendek saja mesejnya iaitu memohon maaf terpaksa dibatalkan perkahwinan aku dengan anaknya.

Surat itu dialamatkan kepada ayahku. Alasannya ialah tunang aku telah pun buat keputusan muktamad bahawa dia tidak mahu kahwin dengan aku. Dalam surat itu juga disebutkan juga bahawa pihaknya akan mengembalikan wang hantaran, dan segala benda yang sebelum ini pihak aku telah berikan semasa majlis bertunang dulu.

Tersandar aku di sofa apabila membaca surat itu. Patutlah aku tunggu di majlis konvo bagaikan menunggu ara tak bergetah! Semakin parah hati aku. Tetapi aku telah dididik oleh ayah yang mengajar Ilmu Tasawuf di kampungku itu bahawa apa-apa jua yang terjadi adalah Ujian Daripada Allah. Terima sajalah dengan redha! Yang pentng mesti dijaga, kawal diri sendiri jangan ada apa jua kesalahan adalah daripada pihak aku yang melakukannya!
Itulah pesan Ayah, pesanan yang sentiasa dapat mendamaikan hati aku yang sekeping ini.

Walau bagaimana pun, baju melayu dan sepasang pakaian songket berserta sampinnya, dan pakaian untuk si dia yang ada dalam beg-beg kertas yang baru aku ambil di bandar itu tadi, aku lemparkan melalui tingkap ke tanah. Aku menagis juga teresak-esak. Dalam hatiku ini memulas-mulas pertanyaan: Apakah salah aku? Apakah salah aku dibuat aku begini? .....

Tiba-tiba, bagaikan Ayah aku tahu apa yang ada dalam hati anaknya ini lalu dia berkata kepadaku, di mana kata-katanya itu aku masih ingat lagi: Dahlah tu!
Jodoh bukan di tangan kita! Ingat pesan Ayah, kita ada Tuhan! Selain itu, kita ni tak ada apa-apa pun. Yang ada hanya Dia saja! Ingat, jangan sekali-kali kamu lupa!

Kakak aku pula berkata: Tapi ayah, kita dah jemput orang, kad jemputan kahwin pun tentu ramai orang yang dah terima, nak buat camana?

Ayah kata: Kita buatlah juga kenduri, bukannya salah buat keduri berkumpul dengan adik-beradik yang dekat, ... dari yang jauh datang!

Aku terus bangun lalu masuk ke kamar aku, kemudian mandi, ... terus aku dirikan solat Zohor – sudah agak lewat. Aku tidak tahu kenapa dalam setiap sujud, aku menangis teresak-esak menjadikan setiap sujudku jadi lama... Aku mengadu kepada-Mu ya Allah!........ Dan Dalam sujud itu, juga aku berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ........ ke No. 3.

3.
Aku terus bangun lalu masuk ke kamar aku, kemudian mandi, ... terus aku dirikan solat Zohor – sudah agak lewat. Aku tidak tahu kenapa dalam setiap sujud, aku menangis teresak-esak menjadikan setiap sujudku jadi lama... Aku mengadu kepada-Mu ya Allah!........ Dan Dalam sujud itu, juga aku berdoa:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
_________________

TIDAK beberapa lama selepas menangis sepuas-puasnya; ada 15 orang bebudak Tingkatan 5 di kampung aku datang; sebagai rutin biasa sebelum ini ke rumah pun mereka datang kendak belajar, kerana aku berikan kelas tambahan percuma di ruang tamu di rumah aku. Ruang tamu rumah aku itu memang ayah bina adalah cukup luas sebab dia juga mengajar murid-muridnya, iaitu orang-orang kampung; juga datang belajar setiap malam berguru dengan ayahku itu.

Untuk tidak menghampakan bebudak itu, aku mengajarlah selama sejam lebih kurang. Sebelum kelas tambahan itu berakhir, sempat aku tanya mereka: Sebagai anak, kamu selalukah atau tidak doakan untuk emak-ayah kamu dengan doa apa-apa?

Tiada siapa pun yang menjawab, melainkan mereka hanya terpinga-pinga memandang aku dan mereka juga memandang antara satu sama lain, sambil tersengih-sengh, macam malu; ada yang macam nak sorokkan diri takut disuruh bacakan doa; tidak boleh hendak bacakan.

Tidak mahu membuang masa, maka aku pun menyuara-ungkapkanlah doa itu agar mereka mendengarnya empat-lima kali:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Ayah aku yang biasanya selalu duduk di sofa melihat aku mengajar sebagai rutinnya juga, terus bangun dari sofa, lalu menghampiri ke papan kapur dan mengambil sebatang kapur tulis; terus menuliskan ayat doa tersebut di papan kapur; siap dengan baris atas bawah depan serta sabdunya sekali bersama dengan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Dia suruh bebeudak itu semua salin ...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Aku pun terus mengundurkan diri untuk melayani hati aku yang sekeping ini, ... pergi mengadu kepada Allah di kamar sepiku, iaitu sebuah kamarku yang aku rasakan bagaikan sudah tiada mempunyai apa-apa erti lagi.

Sebelah malamnya hari itu juga, bapa saudara aku, Ayah Alang (adik ayah aku) datang menziarah. Apabila ayah ceritakan halnya kepada Ayah Alang dan isterinya serta seorang anaknya Hasnan di hadapan kami semua mengenai pembatalan perkahwinan aku itu; wah melentinglah dia. Katanya: Ini tak boleh jadi ni! Kita mesti saman orang sebelah sana! Kita boleh tuntut ganti rugi, kita buat saman malu di mahkamah!

Ayah aku kata: Nak buat apa saman-saman! Kamu nak saman Tuhan ke?

Ayah Alang menjawab: Itulah gunanya law, kita ada undang-undang boleh tuntut ganti-rugi. Apa guna mahkamah? Apa guna lawyer di dunia ini!?

Ayah jawab: Kamu ni, bercakap macam orang tak berilmu, pakai pengetahuan saja, itulah jadinya! Tuhan suruh kita solat, bukan suruh kita sembahyang. Haiii, memandanglah hati tu sikit, kewujudan Allah. Tergamak kamu nak saman Tuhan? Orang tu bukannya kaya pun nak kamu saman ganti rugi. Lebih baik kita semua minta pada Dia!

Ayah Alang aku pun terus terdiam - membisu! Bagaikan baru dia sedar bahawa Abangnya itu adalah gurunya juga.

Anaknya yang juga merupakan sepupu aku turut sama ada pada malam itu tiba-tiba terus mencelah dengan suaranya yang meninggi: Diaorang tu bukan Tuhan Pak Long! Diorang tu manusia macam kita! Kenapa pula kita tak boleh saman?

Aku terkejut mendengar kata-kata sepupu aku itu. Nampak benar dia juga turut sama rasa marah! Bagaikan dia tahu bagaimana seksanya hati aku yang hanya sekeping ini, ... senang-senang saja boleh dibuat orang bagaikan aku ini tiada harga diri, bila sudah lulus pengajian di universiti pun; masih boleh dibuat orang bagaikan aku ini adalah jambatan buruk yang telah disebarangi; lantas ditinggalkan pergi, tidak memandang ke belakang lagi! [Memang betullah sekarang ini adanya lagu Aku Jambatan Buat Mu .... nyanyian oleh Kumpulan Pelangi itu]

Mak Alang, isteri Ayah Alang aku menegur Hasnan, anaknnya: Heh, kamu tak faham cakap orang, jangan campur! Kamu belum "menuntut", apa kamu tahu? ...

Sepupu aku itu diam, tersengih. Dia baru berusia 16 tahun, Tingkatan 4 Sekolah Menengah, dia belum lagi tahu apa yang ayah aku itu maksudkan.

Ayah Alang bangun menghampiri aku lalu duduk di sebelah aku di sofa. Dia tanya aku: Camana? Beginilah! Aku fikir supaya kita seluruh keluarga tak malu sangat nanti, hari kenduri pun dah dekat sangt; kita mesti cari juga pengganti betina tu!
Kamu mesti kahwin juga pada hari kenduri tu nanti! Kamu anak jantan! Kamu bukan koman, dah lulus universiti, gaji tentu tinggi dari dulu, mesti ada orang nakkan kamu! Esok lepas sekolah jom ikut aku, kita pergi tengok anak dara kawan aku di.... ! Jangan kamu taknak ikut aku pulak; Kalau kamu taknak ikut aku, h'ah, aku tak mahu campor hal hidup-mati kamu lagi!....

Keesokan harinya apabila aku sampai ke rumah, Ayah Alang dan Mak Alang sudah pun menunggu di rumah aku dengan keretanya. Aku menjadi seperti orang bingung, serba salah; lulu aku ikut sajalah sebagaimana yang Ayahku selalu ungkapkan kepada murid-muridnya yang aku selalu dengari: "Tuhan Beradun" [Bahasa orang di kampungku yang maksudnya: "Kalau sudah tak tahu nak buat apa-apa' serah segala-galanya kepada Allah yang Menentukannya!"].

Selepas mandi dan solat Zohor, makan; aku pun ikut saja Ayah Alang dan Mak Alang. Ayah Alang minta ayah aku ikut sama, tetapi ayah kata: Tak apalah, kamu pergilah! Kamu pun aku jugak! Aku pun kamu jugak!

Dalam hatiku ini jadi satu macam pula... tertanya-tanya... lawa ke orang yang nak pergi ditengok itu.. Kalaulah emak ada, tak tahulah apa jadi... Tetapi emak sudah tiada...., emak sudah bersemadi di pusara.... Teringatkan Ibuku, hati aku berkata:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Di hati aku terus juga bercampur-baur teringatkan kekasih yang telah membatalkan perkahwinan,... nak ke mana pula Ayah Alang ajak ni... dan membayangkannya bagaimanalah emak di dalam pusara.

Walau apa pun hatiku ini lebih banyak ingatkan emak. Bila ingat saja emak terkeluarlah dari mulut aku in sendiri-sendiri tidak dipaksa-paksai:
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Itulah yang aku wiridkan sepanjang perjalanan yang aku sendiri tidak tahu entah ke kampung mana yang hendak dituju itu. Jika tidak ada orang lain, aku bersuara mewiridkannya, bagaikan menyanyi-nyanyi; dengan suara yang antara dengar dengan tidak; tetapi jika ada orang yang aku segani; aku wiridkan dalam hati saja..
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Entah apa nama kampung yang ditujui itu, Mak Alang dan Ayah Alang pun tak mahu cakap, kerana apabila ditanya, jawab mereka: Jangan tanya! Ikut saja! Ayah Alang aku berulang kali kata: Kamu tengoklah nanti, macam hindustan, sepuluh kali lebih lawa daripada betina yang taknak kahwin dengan kamu tu itu.

Mendengar kata-kata Ayah Alang itu, seram bulu ruma, lantas aku kata: Ayah Alang, tak baik kata macam tu! .. Sebab jauh di lubuk hati aku ini, aku masih mencintai Normawati tunang aku itu... sekali pun diriku ini tidak diingi olehnya lagi.

Sepanjang perjalanan hendak pergi tengok anak dara orang itu, dalam kereta, itulah doa yang aku tak henti-henti wiridkan; sehingga dapat didengar oleh Ayah Alang dan Mak Alang aku.

Mak Alang kata: Kamu ni asyik berdoa saja.... Sayang benar kamu kat emak dengan ayah kamu tu ye?

Ayah Alang menyampuk: Hai, emak-ayah! Siapa yang tak sayang...?

Bengkak rasanya hati dan dada aku ini menahan sebak bila mendengar Ayah Alang aku itu kata begitu. ....

Lajunya kereta Ayah Alang bawa, satu jam dah sampai.... Di hadapan rumah entah siapa yang aku tidak kenali... ! Tetapi akhirnya aku tahu juga nama kampung itu. Di hati ini: Ah, lawakah orangnya yang nak ditengok ni, ... hati tertanya-tanya sendiri; dan terus tertanya-tanya apabila turun dari kereta ... dan disambut oleh orang yang aku tak kenali....

Di hatiku berkata: Kalaulah Emak ada! ..... .....Emak pun tentu dapat tengok sama. Tapi Emak dah tak ada... Emak..... Ayah pun tak ikut sama nak tengok ni..... Emak, Ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ........ ke No. 4.

4.
Di hatiku berkata: Kalaulah emak ada! ..... .....emak pun dapat tengok sama. Tapi emak dah tak ada... Emak..... Ayah pun tak ikut sama nak tengok ni..... Emak, Ayah...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
____________________

MATAKU ni mencari-cari juga kiranya ternampak anak dara orang itu, teatpi tak ada nampak pun! Lawakah orangnya, bertanya di hati sendiri; tetapi tak ada siapa yang menjawabnya!

Kami dijemput naik ke rumah, nampaknya biasa saja rumah orang kampung; tetapi bagaikan orang berada juga jika di lihat perabut yang ada di ruang tamu di dalam rumah itu.
Di dinding ada gambar Dato' Asri (Pemimpin PAS) ketika itu.

Dalam hati ni dah bersangka, ini mesti orang PAS! Ah, risau pula melintas di hati, sebab Abang Chik orang kuat UMNO. Haru...! Abang aku yang ini masih belum kahwin lagi walau pun usianya dah 34 tahun, sebuk dengan UMNO-nya, mewah menyebedang, kata orang Perak; tetapi dalam pada itu tak pula ada nak bagi ayah dengan emak duit mewah-mewah banyak! Why?

Ayah Alang dengan Mak Alang bersembang sakan dengan tuan rumah suami isteri. Aku ni gelisah tak juga habis-habis, hati tertanya-tanya mana anak orang ni, lawa sangat ke yang Ayah Alangaku ni bawa aku ni ke sini! ....

Tak lama kemudian datanglah gadis melangkah ayu, di tangannya membawa air dan kueh untuk kami. Hahhh, lawa, kulit putih melepak, macam emaknya juga, hidung mancung; betul Ayah Alang kata macam Hindustan! Hati teringat pada arwah emak aku, kalau emakku ada, tentu dia juga berkenan! Ayah pun tentu berkenan. Emak... dah tak ada. Dalam hatiku hanya berdoa jua ...
اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما کماربياني صغيرا
yang maksudnya
"
يا الله
Ampunlah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil."...

Aku tahu sejak semasa aku kecil dulu lagi Ayah aku selalu beri tahu aku bahawa berdoa begitu adalah merupakan Perintah Daripada
لله kerana ada di dalam Al-Qur'an Firman-Nya, iaitu Ayat 24 dalam Surah Al-Israa':
وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
yang maksudnya:
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." ...

Ah, khayal pula aku ini terkenangkan semasa kecil-kecil aku dulu... Tiba-tiba anak dara orang itu datang! ... Dia nampak saja aku, terus saja dia berkata: "Ehh Abang Bongsu ke?
Laa.. sudah lama kita tak jumpa! Ingat tak masa kita main pondok-pondok masa kita kekecik dulu?”.

Aku tergamam!

“Manalah nak ingat, kan? Maklumlah orang dah lulus U, gambar pun ada keluar kat surat khbar; ada saya tengok hari tu... Saya baca beritanya Abang terima ijazah. Tahniahlah bang. ... Tak tulis cerpen lagi ke?", katanya lagi kepada aku. Aku jadi tersipu-sipu.

Alahai rupanya dia mengenali diri aku ini, tetapi aku pula yang sudah lupa, bila dan di mana... Barulah aku teringat kembali ... Zaharah namanya.

Kepada ayah dan emaknya dia memberi tahu: "Nilah ayah, mak; yang gambarnya keluar kat Utusan Melayu tu.... Dulu ada cerpen dia keuar kat Mingguan Malaysia. Kat Berita Minggu pun ada.!”.

Emak dan ayahnya nampaknya macam senang hati saja! Ada chance ni... kata hati aku!

Rupa-rupanya dia adalah kawan satu sekolah dengan aku dulu… Barulah aku ingat semula waktu aku Darjah 5, dia darjah 3, duduk kat kampung; dia dipelihara oleh atuknya sewaktu ayahnya itu menjadi tentera.

Memang kami pernah ada main-main pondok dengan kekawan lain; selalu mengusiknya, dan antara kami berdua selalu bertukar-tukar kertas yang kami suka saling tulis balas-membalas ialah seperti: HACKS, ITALY, HOLLAND dan lain-lain lagi, semasa di zaman bebudak itu dulu.
HACKS maknanya "Harap Awak Cinta Kat Saya"; Jika tulis ITALY maksudnya I Trust And Love You; dan kalau HOLLAND pula maksudnya: Hope Our Love Lasts And Never Die. ...

Tetapi tidak lama kerana atuknya sekluarga pindah entah ke mana; tidak tahulah aku pada masa itu apa sebabnya mereka pindah; cuma yang masih aku ingati, tanah dan rumah yang mereka duduk itu, ada orang beli.

Aku masih ingat lagi buat kali terakhir aku dengannya berjumpa, bila dia beri tahu aku dia nak pindah, nak pergi jauh, ... mengalir air matanya. Aku pula rasa sedih sangat juga, tetapi entahlah... fikir-fikir pula pada masa itu, henda sedih buat apa, pindah, pindahlah! ... Itulah masa zaman bebudak dului, memang tahu makna cinta, tetapi cinta yang aku sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh pula berfungsi.

Dia meletakkan hidangan, lalu terus duduk di sebelah emaknya. Emaknya tanya dia: "Eh, kamu ni kenal ke Zaharah?"

Dia jawab: "Kenal.. Tadi dah tegur-sapa dah, kenal le! Dulu main sama-sama. Zaharah ingat dah tak jumpa-jumpa dah! ... Jumpa jugak akhirnya.".

Mak Alang aku terus mengusiknya: "Zaharah nak tak kawin ngan Bongsu ni? … Tapi takkan kamu nak kut, maklumlah, kaki dia cacat tak macam kaki orang lain, macam kaki boy flen kamu tu, kan?".

"Alaaaa, Makcik ni, manalah saya ada boy friend! Tak adalah!", jawabnya.

Hati aku pula berkata: Buat apalah Mak Alang ni cakap macam tu, buat malu saja!. Kemudian Ayah Alang bagaikan tahu perasaan aku lalu berkata:

"Kami ni dengan tuan rumah ni Bongsu, kami dah kenal lama, dah macam adik-berdaik dah!....”.

Lega hati aku! ... Ada chance..., kata hati aku.

"Habis, kalau dah tak ada boy-flend tu, kamu mahu le, ye?", tanya Mak Alang.

Ayah Alang pula tanya emkanya: "Boleh kuttt kita berbesan, kan?"

Wah, mendenar kata Ayah Alang itu sidia terus bangun senyum-senyum malu, dan terus bergegas pergi masuk ke dalam bilik.

Ayah Alang mula buka bicara secara serius. Bincang punya bincang; aku pula kerisauan di hati sekiranya sidia taknak, maklumlah kaki aku ini cacat kerana sejak berusia 2 tahun usiaku lagi, akibat aku kena demam panas diserang poliomilitis, menjadikan kaki kanan aku jadi kecil sebelah, berjalan pun terdengkut-dengkut.

Aku ni kira-kira OKU-lah juga tapi aku boleh panjat pokok masa aku bebudak dulu, pergi curi buah mempelam pak saudara. Tetapi taklah teruk sangat kerana aku boleh berlari, dan boleh main bola semasa bebudak dulu. Cuma yang selalu aku kalah ialah tentang mengorat. .... Payah nak dapat.

Bila dah jadi cikgu, barulah Normawati mahu menerima diriku ini bercinta sakan dengannya. Tetapi... sudah menjadi kenyataan pula bahawa aku adalah bukan insan yang mahu dia terima akhirnya. Jodoh tak ada, .. dan aku selalu ingat kata-kata Ayah aku kerana aku ada dengar bila Ayah aku itu mengajar Ilmu Tasawuf kepada murid-muridnya, iaitu: Kita ni tak ada apa-apa, yang ada hanya Dia. ...

"Macam mana, kawan, setuju ke kita berbesan?...
Kalau padi katalah padi
Jangan aku tertampi-tampi
Kalau jadi katalah jadi
Jangan Si Bongsu ternanti-nanti...", kata Pak Alang aku kepada ayahnya.

Aku rasa malu pula tetapi aku rasa lega, bila emak dan ayahnya kata bahawa di pihak mereka, tiada halangan; .... tapi kena tanyalah dulu tuan punya badan.

Ayahnya minta emaknya pergi tanya. Emaknya bangun masuk ke bilik. Agak lama juga aku tunggu, aku tengok jam berulang kali, tetapi tak sampai pun 5 minit, rasa lama sungguh menunggu. Betul kata orang menunggu itu adalah satu seksaan.

Emaknya keluar dari bilik dengan senyum simpulnya. …… Dia datang.. dengan senyum simpulnya...! Ada chance ni..., kata hati aku syok sendiri. ... .....

Bersambung ........ ke No. 5.

5.
Emaknya keluar dari bilik dengan senyum simpulnya. …… Dia datang.. dengan senyum simpulnya...! Ada chance ni..., kata hati aku syok sendiri. ... .....
___________________________

EMAKNYA itu memandang aku dan hati aku menjadi gelisah. Emaknya terus duduk di sofa di sisi suaminya.

Mak Alang bagaikan tak sabar, bertanya: "Camana, harap-harap biarlah bulan jatuh ke riba!"

Emaknya senyum dan menjawab: "Saya ni mintak maaflah ... Saya pun tak reti nak kata apa. Kita tanya dia, tapi dia pulak yang suruh saya ni tanya balik, .... Susah saya nak sebutkan, minta maaflah!".

Wah, hati aku pun bergelora. Habislah peluang aku... malu, sungguh, …. malu orang tak terima. Aku tahu, kakiku cacat, tak akan ada siapa pun yang bulor nak berlakikan aku ni... Emak, ayah, kenapa begini..Bongsu tak minta kaki Bongsu ni cacat, emak, ayah... hatiku menangis…

Dan aku pun menundukkan kepala merenung karpet di lantai. Di hati aku ingat kepada Emak dan Ayah... Emak, ayah....
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

"Tak apa, cakap sajalah.... Dengar pantun ini...
Kalau padi katalah padi
Dedaknya tidak jadi terbuang
Kalau jadi katalah jadi
Mintak katakan berterus terang ...”, kata Ayah Alang aku.

Mak Alang pula bertanya. Tetapi emaknya tak menjawab. Aku sempat angkat sedikit muka aku untuk dapat melihat wajah emaknya. Masih juga dia senyum ....., aku hairan pula. Aku jadi bingung! Apakah ini yang dikatakan "Antara Senyum dan Tangis"; iaitu sebuah jodol filem Melayu keluaran tahun 50han yang pernah aku tontoni dulu; di mana bagaikan emaknya terus saja senyum begitu, tetapi hati aku nanti yang akan terus menangis bila turun dari rumah itu untuk kembali ke rumah aku....

Suasana jadi sepi ... sepi bagaikan di pusara, walau pun di halaman rumah itu tadi aku ada lihat ada banyaknya bunga mawar yang indah warnanya yang berbagai-bagai; .... namun hati aku muram durja. Teringat aku senikata lagu
Di Ambang Senja yang dinyanyikan oleh R. Ismail...

"Minta maaflah...”, emaknya menyambung kata. "Saya pun tak berapa faham budak-budak sekarang ni. Zaharah pulak yang minta saya ni tanya Bongsu tu…", kata emaknya lagi.

"Tanyalahlah apa-apa pun, Bongsu boleh jawab kut, dah lulus universiti, takkanlah tak boleh nak jawab.”, sambut Mak Alang aku dengan penuh yakin, bagaikan dirinya yang tahu apakah yang hendak aku jawab. Ayah Alang diam membisu, menunggu. Ayahnya juga begitu.

"Gini h'a... Dia tanya, Bongsu tu boleh tak bagi gula-gula HACKS? Kalau bolah bagi, barulah dia setuju.", emaknya tanya aku.

Terkejut aku apabila ayahnya menyampuk kuat: "Nanar sungguh budak ni! Nak buat apa gula-gula HACKS, di kedai nun melambak ada! Beli sendiri la.!"

Mak Alang dapat aku lihat wajahnya apabila aku angkat kepala aku, kelihatan jadi macam orang bingung, terpinga-pinga. Ayah Alang aku terus membisu. Hanya tarikan nafas panjang yang aku dapat dengar sebab dia duduk di sebelah aku.
Wajah-wajah mereka kelihatan bagaikan diperbodokan, jadi risau pula aku.

"Bongsu suka ke gula-gula HACKS tu?", emaknya mengulang-tanya. Aku hanya senyum, tetapi aku turus tunduk merenung karpet di lantai. Di hatiku... الْحَمْدُ للّهِ...
Yahooo...Yabedabedooo! ...

"Tak munasabah di akal bebudak ni!", sanggah ayahnya."Buat memain pulak ni!", sambungnya lagi.

"Tak apalah... Biar aku pergi ke kedai sekejap belikan HACKS tu!", sampuk Ayah Alang aku sambil dia hendak bangun pergi ke kedai.
Aku tarik dia supaya dia duduk semula.

"Kamu pun, jawablah saja. Suka ke tak suka! Takkanlah tak boleh bagi. Pergi kamu beli.", Mak Alang aku bagaikan merayu kepada aku.

"Suka memang suka. Nanti saya pergi beli.", akhirnya aku menjawab, lalu memandang ke wajah ibunya yang masih senyum-senyum manis.

"Ada lagi dia minta Makcik tanya ni!", jawab emaknya. "Dia tanya suka tak pergi ke...eih susah nak sebut eh! Apa ke namanya dia sebut tadi. Nanti sekejap ye!", lalu emaknya bagun terus pergi ke bilik di mana anaknya itu berada, terus saja ditolaknya daun pintu. Tidak berapa kedengaran perbualan dua beranak itu.

Dari pintu itu juga emaknya berkata: "Ni h'aa, suka tak ke HOLLAND?", tanya emkanya. Mendengar pertanyaan itu maka di hati aku... yahooo sekali lagi
الْحَمْدُ للّهِ.. Teringat Ibuku yang kini baru saja lagi di pusara. Doa Ibuku... makbul, dan doa Ayah aku juga....Emak..., Ayah!...
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

"Hai, sampai nak ke Belanda nun berbulan madunya! Sanggupkah kamu, Bongsu?", tanya Ayah Alang aku kepada aku.

Aku menjawab: "Memanglah saya ni suka sangat ke HOLLAD tu!", dan sekali lagi aku memandang wajah emaknya dengan senyuman, semuga hendaknya Allah sahajalah yang menerima bahawa senyuman aku itu nilainya adalah sedekah daripada aku untuknya!

"Kalau dah HACKS suka, Bongsu boleh bagi dia, ke HOLLAND pun suka, Zaharah kata dia setujulah.
Dia kata ikut emak dengan ayahlah..!", ujar emaknya, senyum dan terus senyum.

Aku lihat Mak Alang aku terpinga-pinga. Ayah Alang pun begitu juga. Ayahnya pula bagaikan serba salah di wajahnya. Dalam hati aku bagaikan nak bergegar hendak ketawa; tetapi risau pula hendak ketawa, nanti dianggap sebagai orang gila, ketawa tak fasal-fasal begitu kerana mereka tidak tahu HACKS dengan HOLLAND itu apa maksudnya...

"Kalau sudah begitu, kita ni dari segi agama, apabila anak-anak dah berhajat nak kahwin, jangan pula kita tangguhkan!", akhirnya, ayahnya bersuara sambil memandang kepada Ayah Alang. "Kita langsungkan sajalah Ahad satu lagi nanti. Nak tangguh-tangguh buat apa, perkara yang baik!", sambung ayahnya lagi.

"Elok sangatlah tu, kawan…", terpa Ayah Alang aku berkata kepadanya. “Aku ni pun dalam hati ni memang berhajat sangat kita langsungkan cepat…
Eloklah pula kawan sendiri yang minta cepatkan tu…”, kata Ayah Alang aku. Mak Alang aku lihat dia bagaikan bersyukur, senang hati benar nampaknya dia apabila keputusannya sudah begitu pula. …

Aku rasa amat terharu, bahagia kerana dapatlah juga dilangsungkan perkahwinan aku pada hari dan tarikhnya yang sepatutnya dilangsungkan dengan Normawati itu tetapi kini dia sudah tiada entah ke mana... Aku ditinggalkannya begitu saja.

"Kita sekalikanlah dengan kenduri kahwin Ahad depan ni! Ehhh, ada ke terima kad jemputan, aku kirim kat awak?", tanya ayah Zaharah kepada Ayah Alang.

"Tak ada pulak lagi!", jawab Ayah Alang aku. "Hai, baru hari ni kita putuskan nak buat kenduri kahwin dia orang, awak dah hantar kad jemputan awal-awal?", tanya Ayah Alang aku, kehairanan.

"Yaaaa! Aku sudah hantar kad tu. Aku yang poskan!", jawab ayahnya. "Kami ni memang nak buat majlis kenduri kahwin, nak menyambut menantu, anak sulung kami kawin hari Ahad depan satu lagi ni. Tu sebab aku kata, kita cepat langsungkan Zaharah dengan Bongsu , senang. Kita buat serentak, senang!", sambung ayahnya.

Aku lihat Mak Alang dan Ayah Alang kedua-duanya gelisah. Dugaan aku tentu mereka risau sama ada diri aku ini ada duitkah atau tidak untuk dijadikan sebagai hantaran. Berapa ribu, belum tahu lagi tu!

Ayah Alang terus bertanya ayahnya: "Ni, eloklah aku nak tanya saja berterus terang sekarang.
Kita ni dah berkawan lama dah macam adik-berdaik. Berapa hantarnnya?"

Ayahnya jawab: "Alahai... Yang penting tu nikahnya, ijab-kabulnya; mas kahwinnya saja. Bukan hantarannya!".

Ayah Alang aku bertanya: "Seribu serba satu, boleh ke?".

"Nak buat apa ikut orang sampai seribu serba satu? Lima ratus udah le... Bukankah nanti aku ni yang dapat menantu? ...
إن شاء الله aku ni pulak dapat cucu. Tak begitu?", jawab ayahnya. Ibu Zaharah terus mencubit paha suaminya itu.

"Lagi pun kawan, kami di sini kebetulan sudah nak buat kenduri juga, dah siap pun; lembu dah ada dua ekor, ada kat belakang rumah tu! Tak payahlah seribu serba satu!", jawab ayahnya lagi.

Mendengar kenyataan ayahnya itu, hati aku nak terus dirikan solat syukur, tetapi bagaimana di rumah orang, .... camana, ... lagi pun aku tak biasa di situ! Di hati yang sekeping ini...
الْحَمْدُ للّهِ...
Emak, Ayah ....
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ........ ke No. 6.

6.
Mendengar kenyataan ayahnya itu, hati aku nak terus dirikan solat syukur, tetapi bagaimana di rumah orang, .... camana, ... lagi pun aku tak biasa di situ! Di hati yang sekeping ini...
الْحَمْدُ للّهِ...
Emak, ayah ....
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
____________________

"KALAU macam itu, kita buat majlis bertunang buat sebelah pagi hari kenduri tu le, ye?", Mak Alang bertanya.

"Tak payahlah, ini kita bincang ni pun dah... dah macam majlis bertunanglah ni!", jawab ayahnya.

"Eh... tak boleh macam tu! Kenalah buat juga, anak kita tu, itu la saja pompuan sorang, bang!", ujar emakanya; tetapi dia tetap senyum juga memanjang. Di hati aku, Aduhhh bertuahnya aku dapat bakal ibu mertua yang hanya senyum saja memanjang.. Patulah aku lihat wajah bakal ayah mertua aku itu kelihatan muda.

"Takjadi masalah hal majlis bertunang tu, kami bawaklah nanti apa-apa ikut adat buat majlis tu!", jawab Mak Alang, sambil memandang kepada aku. Di hati aku, ... yahooo!...
الْحَمْدُ للّهِ
sebab aku tahu bab menyediakan hantaran pertunangan, Mak Alang memang pakar di kampungku.

Tiba-tiba aku lihat sidia aku yang baru itu keluar dari biliknya berjalan terus hala menuju ke ruang dapur rumahnya. Emaknya tanya, nak ke mana tu?

Sidia aku itu menjawab dengan senyuman kepada aku, sebuah senyuman yang aku rasa paling ikhlas yang aku nikmati di dunia ini, paling manis sekali. Lalu katanya: "Nak ke kedai sekejap! Nak beli HACKS!".

Ayahnya ketawa berdekah-dekah. Terkejut aku mendengar suaranya ketawa begitu, kuat! Cepat balik, kata emaknya kepada anaknya itu.

Ayah Alang kata: “Kalau dah begitu, kami nak minta dirilah. Elok juga aku beri wang hantaran lima ratus ringgit tu sekarang juga,” dan Ayah Alang pun menyeluk saku seluarnya nak keluarkan dompetnya. Lalu aku kata, aku ada duitnya! Aku pun keluarkan duit not lima ratus ringgit yang ada dalam dompet aku, iaitu duit yang Pak Pian (Hakim Suffian Hashim) berikan kepada aku semasa konvo dulu untuk digunakan buat kenduri tahlil untuk arwah Ibuku. ... Aku memang nawaitukan aku mesti ganti duit itu sebab dalam bank duit aku ada.

Aku pun hulurkan not lima ratus itu kepada Ayah Alang aku dan beliau pula hulurkan kepada ayah Zaharah dengan lafaz pemberian sebagai wang hantaran kerana Allah dan lafaz diterima oleh ayah Zaharah dengan kerana Allah.

Ayah Alang aku tanya pula: "Emas kahwinya tu pula berapa?". Ayahnya menjawab: "Al-Quran sebiji, mengenai duit tu, kita ikut macam biasa kita di sini sajalah, dua puluh satu ringgit!".

Bahagianya hati aku! Teringat sangat di hati ini bagaikan dilanda-landa supaya aku cepat dirikan solat sunat syukur dan solat asar. Rasa tak segan silu pula aku jadinya, maka aku pun mohon izin nak tumpang dirikan solat. Aku dipersilakan.

Ayah Alang, Mak Alang dan kedua-dua bakal mertua aku terus bersembang dengan ayah sidia aku yang baru itu. Emaknya membentangkan sejadah dan memberikan sehelai tuala dan sehelai sarung sambil melemparkan senyumannya yang paling manis sekali aku rasakan kepada aku.

Aku pergi mengambil wuduk dan mendirikan solat sunat syukur. Selepas saja aku memberi salam, aku nak tunaikan pula solat Asar. Ayah sidia aku itu kata: "Mari kita solat berjemaahlah!". Lantas kami pun solat Wusta bertiga, dan alamak aku diminta menjadi imam.
الْحَمْدُ للّهِ …. Tetapi aku katakan kepadanya:Lebih afdal kalau Pakcik jadi imam, .. lagi pun Pakcik sempurna, sedangkan aku ni kaki cacat…. Dia pun jadi imam.

Selesai solat, kami kembali ke sofa. Di atas meja, sudah ada goreng pisang dan kueh serikaya serta miuman milo dalam cawan terhidang. dalam sebiji piring pula dipenuhi dengan gula-gula HACKS. Hanya Mak Alang saja yang ada di situ. Ayah Alang dan bakal ayah mertua aku masih bersembang duduk di sejadah.

Aku pun ambil 3 biji gula-gula HACKS itu dan masukkan ke saku seluar aku. Mak Alang yang melihat, menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kamu ni Bongsu macam bebudak lagi! Suka benor kamu HACKS tu ye. Menyampah aku!", perli Mak Alang aku.

Ayah Alang meminta diri, untuk kami balik. Kedua-dua bakal mertua aku dan sidia aku yang baru itu turut mengiringi kami ke kereta. Sebelum berpisah kami bersalaman. Dan terakhir aku sempat berkata sesuatu kepada sidia aku itu.

Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta, aku selok saku seluar aku mengambil gula-gula HACKS yang 3 biji tadi, lalu aku berikan kepada Zaharah dengan membilang... Satu untuk Abang, satu untuk sayang, dan yang satu lagi ini untuk emak dan ayah abang, dan emak dan ayah sayang…..!

Dalam perjanalan balik, Ayah Alang dan Mak Alang macam-macam boraknya, … tanya aku berkali-kali mengenai hal gula-gula HACKS itu tadi. Aku buat dalih itu dan ini. Rahsia, kata aku nak tutupkan pertanyaan mereka. Ayah Alang tak habis-habis juga menyatakan mujurlah itu dan mujurlah ini: Kalau tidak, haiii; malulah kita buat kenduri tetapi kamu tak kahwin. Selamat satu bab.

Mujurlah kebetulan tarikh majlis kenduri yang sepatutnya aku kahwin dengan Normawati yang entah ke mana itu adalah sama dengan tarikh yang bakal ayah mertua aku tadi cadangkan.
الْحَمْدُ للّهِ .

Terasa sekejap saja sudah sampai ke rumah... Ehhh siapa pula yang datang tu, tanya Ayah Alang kepada aku. Ada kereta depan rumah tu, katanya. Tak kenal pulak kereta siapa pula tu!

Sampai ke rumah, masuk; ... Dan aku dapati dua orang semacam suami isteri yag aku tak kenali. Kami pun bersalam dengan yang lelaki itu. Mak Alang bersalam dengan perempuan yang seorang itu! Di bahagian ruang dapur rumah, berdiri Kak Angah, lalu dia menggamit aku ajak aku ke dapur. Wajahnya seperti orang cemas. Kami terus ke ruang dapur.

Kakak aku kelihatan cemas sungguh. Hati aku tertanya-tanya. Secara seperti suara berbisik dia memberi tahu aku. Katanya: "Itu wakil sebelah tunang kamu datang. Diorang minta ampun dan maaf kat Ayah. Diaorang minta tak jadi batalkan kenduri kamu kawin tu!"

Mendengar kata-kata kakak aku itu, aku rasa nak pitam. Nak buat macam mana ni, tanya hati aku.....

Ayah aku panggil aku dan suruh aku duduk, dan ayah memperkenalkan tetamu yang tidak diundang itu. Sungguh stress aku. Ayah kelihatan selamba saja, macam tak ada apa-apa pun yang berlaku.

Apabila aku rasa sudah selesa duduk di sofa, orang lelaki itu memulakan mulutnya membuka bicara.... yang aku sudah pun tahu, baru sekejap tadi kakak aku beritahu.

Di hati aku tertanya-tanya, apakah yang aku hendak jawab. Rasa hendak pitam semakin bertambah. Teringat aku kepada emak nun di pusara. Aku pandang wajah ayah yang hanya selamba saja.
[Ayah memang begitu sikapnya; pernah dulu sekali berlaku orang takek dahi Abang Long aku dengan golok ; dan apabila Abang Cha sepupu aku datang beritahu ayah, selamba saja Ayahku berkata kepada Abang Cha: Tuhan beradun; terima sajalah. Jangan kamu nak pergi balas!!!.]

Menghadapi situasi sebegini menerima tetamu yang tidak di undangi itu amat berat untuk kumenangani. Konflik antara dua-kasih; hatiku berkata: Mana satu jadi pilihan. Memang akukah yang bersalah menurutkan gelora jiwa, atau biarlah aku yang musnah; jangan dinda turut kecewa. Di hati ku...Ayah, emak.. apa nak ku jawab ni, ... Ayah... emak! Tolonglah aku ni... Ya Allah..

رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Bersambung ....... ke No. 7.

7.
Menghadapi situasi sebegini menerima tetamu yang tidak di undangi itu amat berat untuk kumenangani. Konflik antara dua-kasih; hatiku berkata: Mana satu jadi pilihan. Memang akukah yang bersalah menurutkan gelora jiwa, atau biarlah aku yang musnah; jangan dinda turut kecewa. Di hati ku...Ayah, emak.. apa nak ku jawab ni, ... Ayah... emak! Tolonglah aku ni... Ya Allah..
رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا
___________________________________

LELAKI itu pun memperkenalkan dirinya, katanya dirinya adalah bapa saudara Normawati tunang aku itu yang ayahnya telah membatalkan perkahwinanku melalui suratnya tempoh hari. Kedatangannya adalah mempunyai hajat yang besar supaya dapatlah dibuang yang keruh dan ambil yang jernih, katanya. .... Namun di sebaliknya di hati aku terasa lain macam pula, ..Orang ini menyindir aku pula... kerana bagi aku di hatiku: Siapakah yang membuat air keruh? .... Akukah yang buat?... Air sungai mana yang aku keruhkan? Air perigi mana... air parit di mana yang aku ganggui hingga menjadi keruh kini.... ... ?

Dia memberikan kepada aku sepucuk surat yang sampulnya biru-muda, meminta aku membacanya. Dari sampul surat berwarna biru muda itu aku kenali tulisannya, tulisan Wati tunang aku. Lantas aku membuka sampulnya, hanya sehalaman saja, sungguh ringkas.... terus aku baca.... Tiba-tiba dua rasa keanehan datang di mindaku.

Pertama, walau pun masih dia menulis aku ini sebagai “Abang”, tetapi kini dia membahasakan dirinya dengan gantinama “aku”, tiadak lagi seperti lazimnnya kepadaku menuliskan namanya yang manja, iaitu, Wati seperti dulu. Kedua, sudah tiada lagi dia menuliskan “HACKS” mahu pun “HOLLAND” di bawah tandatangannya sebagaimana biasa.

Di saat aku berhadapan dengan situasi begitu, aku sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba saja keanehan terasa di hatiku itu, aku rasakan yang melanda, iaitu tiadanya langsung adanya rasa sedih, kecewa atau apa-apa; apabila ketiadaan nama manjanya, dan juga tiadanya "HACKS" mahu pun "HOLLAND" ditulis olehnya di dalam suratnya itu.

Isi kandungan suratnya itu bagaikan begitu mudah, bagaikan mengirimkan wang sepuluh sen kepada seorang pengemis saja; hanya memohon maaf kerana tidak menunggu aku semasa aku menghadiri konvo tempoh hari dengan alasan kerana dirinya terpaksa balik ke kampungnya, sebab ada menerima telegram yang memintanya balik segera kerana neneknya sakit tua, menunggu maut tiba. Sebenarnya bukan nenek sakit, katanya dalam surat itu, tetapi neneknya bagaikan orang gila mengamuk dengan tiba-tiba; tidak bersetuju dan tidak merestui perkahwinan dirinya dengan aku diteruskan kerana neneknya itu tidak mahu cucunya bersuamikan dengan “abang yang berkaki cacat”, tulisnya.
“Ayah terpaksa menurutkan kehendak nenek kerana agama mengatakan tidak menurut kata ibu adalah derhaka, tiada akan boleh membau syurga. Aku harap Abang maafkan diriku ini dan terpulanglah kepada abang membuat keputusannya.”, tulisnya.

Di saat itu aku mahu ramaskan saja suratnya itu tetapi aku tiba-tiba saja tersedar diri bahawa ayahku berada di sisiku dan di hadapan aku pula Ayah Alang, Mak Alang dan juga lelaki suami-isteri itu memerhati sahsiahku; dan juga aku sedar bahawa tetamu adalah wajib dilayani dan dihormati., walaupun hatiku tidak menyenanginya ketika itu.

Ayah Alang dan Mak Alang sejak mula lagi hanya membisu tidak berkata apa-apa. Demikianlah juga ayahku, hanya membisu bagaikan hatinya jangan diganggu, bagaikan sedang berzikir mengingati Ilahi semata-mata; umpama tiada mahu mempeduli dan mengambil tahu hal-hal duniawi yang fana ini. Di hati aku pula rasa terlalu sukar mahu menerima alasan yang diberikan oleh Wati di dalam suratnya itu walaupun ia ditulis di atas kertas biru muda, yang bagi aku sekarang merasakan membacanya hanya bersahaja saja, bagaikan bukannya surat itu datanngnya daripada orang tercinta, bukan juga ditujukan untuk aku pula.

Bermulalah di minda aku mengvisualisasikan dari sudut politiking machiaveliannisme manusia; bahawa manusia di dunia ini sanggup berbuat apa saja apabila syaitan machavellianisme dapat menguasai segala-segala. Apakah muslihat sebenarnya semua ini, aku tertanya-tanya jauh di lubuk hatiku kini.

Menyelinap satu lintasan yang pertama di hati aku; iaitu hati ini bagaikan mendesak jangan terima; .... Kalau neneknya tidak sukakan aku kerana kakiku cacat, dan ayahnya sendiri pula yang tempoh hari menuliskan surat meminta dibatalkan perkahwinan, .... lengkap dengan tandatangannya juga; untuk apa aku terima ludah orang pula?.... Ah, jahatkah hatiku ini? Adilkah aku ini?... Berputar-putar soalan-soalan bersilih-ganti melanda di mindaku. Hatiku pula bertanya-tanyai.... Zaharahkah atau Wati; Zaharah atau Wati yang akan kekal bertempat di hatimu ini.

Aku tunduk merenung karpet sekali lagi hari itu. Tadi ketika aku berada di rumah Zaharah sidia aku yang baru, yang hanya baru tadi saj

1 comment:

cipan said...

salam. where can i find the whole novel? i used to follow this story but somehow lost the page