Monday, March 21, 2011

Kapas dan Kekabu

Kapas merupakan gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang berasal di kawasan tropika dan sub-tropika. Nama kapas dalam bahasa Inggeris ialah Cotton berasal dari perkataan Arab = Al-Quttn (sebutan = Al-Quttun)

Kapas merupakan tanaman bernilai kerana hanya 10% daripada berat kasar hilang setelah diproses.

Apabila kesan lilin, protin, dll. disingkir, bakinya merupakan polimer semulajadi daripada selulus tulin. Selulus ini diatur sebegitu rupa yang memberikan kapas ciri-ciri kekuatan, ketahanan, dan daya penyerap yang unik.

Setiap gentian terhasil daripada dua puluh sehingga tiga puluh lapisan selulus terpilin dalam spring semulajadi yang tersusun kemas. Apabila bebola kapas (sarung benih) dibuka gentian tersebut dikeringkan menjadi leper, tergumpal, berbentuk ribon dan menjadi berkait sesama sendiri dan terikat. Bentuk ikatan ini sesuai bagi dipintal menjadi benang yang bagus.

Sejarah

Kapas telah digunakan untuk menghasilkan pakaian ringan yang baik di kawasan tropika selama ber(millennia). Sesetengah pihak mendakwa bahawa kemungkinannya Mesir purba telah mempunyai kapas semenjak seawal 12,000 BC, dan terdapat bukti tentang kapas di gua Mexico (pakaian kapas dan serpihan gentian ditenun bersama bulu pelepah dan bulu) yang bertarikh semenjak sekitar 7,000 tahun lalu. Terdapat bukti arkheologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun lalu.





KEKABU

Nama botani untuk kekabu ialah Ceiba pentandra. Famili atau keluarga kekabu ialah Bombacaceae. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Pokok kekabu berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di Malaysia. Di dalam hutan Malaysia ada kekabu hutan tetapi dinamakanBombax,bukan Ceiba. Pokok kekabu memang dikenali oleh penduduk Malaysia,terutamanya bagi penduduk luar bandar. Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk. Kapuk digunakan untuk membuat bantal, tilam, kusyen, jeket pengapung dan sebagainya.

Pada masa sekarang kekabu tidak digunakan untuk tujuan tersebut kerana telah diambil alih oleh getah dan polisterin. Pokok kekabu dapat mencapai ketinggian 30m di Malaysia tetapi dapat mencapai sehingga 40m di benua Amerika. Bahagian batang pokoknya lebih gemuk kerana ia berdekatan dengan tanah manakala bahagian tengah pula berbentuk tirus dan bulat,dahan pula tumbuh secara mendatar dan tersusun bertingkat-tingkat. Daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak. Bunganya berukuran 4cm lebar,bewarna putih kekuningan,mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit,bunga yang berbau susu ini dipolinasikan oleh kelawar dan keluang pada waktu malam. Buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih,tergantung seperti timun pada hujung ranting.

Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Buah ini terbahagi kepada 5 bahagian. Buahnya akan mencapai saiz maksimum dalam masa 30 hari tetapi mengambil masa tiga bulan untuk masak. Pokok kekabu sesuai dalam cuaca jenis monsun,iaitu bermusim kemarau dan tengkujuh yanh nyata. Di Semenanjung Malaysia,pokok kekabu paling banyak terdapat dinegeri Perak dan tidak banyak terdapat dibahagian selatan Semenanjung. Pokok kekabu banyak ditanam di India,Myanmar,China,Indochina dan Asia Tenggara. Pda masa penjajahan Belanda,pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon.

KEGUNAAN POKOK KEKABU DAN KHASIATNYA

Biji kekabu mengandungi sehingga 25% minyak. Minyaknya diperolehi daripada biji kekabu dan hampas bijinya dijadikan makanan haiwan. Hampas biji kekabu mengandungi protien. Minyak biji kekabu digunakan untuk membuat sabun dan bahan api. Ciri-ciri minyak kekabu hampir menyamai ciri-ciri minyak biji kapas. Biji kekabu tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan menyenakkan perut. Kayu kekabu pula lembut dan digunakan untuk membuat sampan,kotak,kayu mancis dan sebagainya. Gam boleh diperolehi daripada pokok kekabu. Gam ini larut dalam air semasa segar dan sebaliknya tidak larut apabila keras. Kulit pokok kekabu juga digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain.

Di Hindi Barat,air rebusan akar kekabu diminum sebagai diuretik,iaitu perangsang menghasilkan air kencing. Di Cuba,air rebusan daun diminum dan digunakan untuk mandi. Orang Trinidid turut menggunakan air rebusan daun kekabu untuk mandi dan mengubati bengkak pada kaki. Di Maxico,kulit pokok kekabu yang ditumbuk hingga lumat ditampal pada luka dan air rebusan isi kulit pokok kekabu digunakan sebagai perangsang muntah,mengubati spasma,luka pada kaki,buasir,gonorea,perangsang haid dan perangsang pengeluaran plasenta wanita selepas bersalin.

Di Malaysia daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus,diminum sebagai ubat demam panas,sifilis dan selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak. Di Singapura pula satu cara untuk mengubati batuk adalah dengan menumbuk daun kekabu dengan campuran bawang merah dan kunyit,kemudian direndam di dalam air. Air ini diminum untuk mengubati batuk,masalah kerongkong,sakit usus dan sakit saluran kencing. Di India, daun muda digunakan sabagai ubat gonorea. Air rebusan akar kekabu,buah muda atau gam digunakan sebagai uabt disentri,cirit-birit,edima,dropsi dan perangsang kencing. Di Filipina, air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai penguat tenaga batin dan ubat demam panas dan cirit birit.







No comments: