Seorang pemuda bangun pagi2 utk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.
Ditengah jalan menuju ke masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan dirinya dan pulang ke rumah.
Di rumah, dia mengantikan bajunya, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid lagi.
Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yg sama! Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan pulang ke rumah.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia bertanyakan identiti lelaki tsb dan lelaki tsb menjawab "Saya melihat anda terjatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, pemuda tsb mengajak lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu menolak. pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan jawapannya tetap sama. Pemuda itu bertanya lagi , kenapa menolak untuk masuk dan sholat. lelaki itu menjawab
Aku adalah IBLIS (setan)Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan menuju ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu.
Saya membuatkan kamu jatuh kali keduanya, tetapi itupun tidak membuatkan kamu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan untuk kembali ke masjid .
Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatkan kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dgn selamat....'
Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatan kita.
Jangan melepaskan sesuatu niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .
From : Whd
1 comment:
Tapi x semestinya niat baik dipandang baik oleh semua org...x semestinya niat baik difahami semua org...bila org penat nk memahami, semua perkara dipandang x baik...tapi bila kita terlalu memahami, itulah masanya org akan ambil kesempatan atas niat baik kita....wallahualam.
Post a Comment